Selamat datang ke Digest Islam

Diriwayatkan oleh Abu Nu'aim, Abdullah ibnu Umar ra.huma. berkata: "Barangsiapa yang ingin meniru, hendaklah ia meniru perjalanan orang yang sudah mati, yaitu perjalanan para sahabat Nabi Muhammad SAW, karena mereka itu adalah sebaik-baik ummat ini, dan sebersih-bersihnya hati, sedalam-dalamnya ilmu pengetahuan, dan seringan-ringannya penanggungan. Mereka itu adalah suatu kaum yang telah dipilih Allah untuk menjadi para sahabat NabiNya SAW dan bekerja untuk menyebarkan agamanya. Karena itu, hendaklah kamu mencontohi kelakuan mereka dan ikut perjalanan mereka. Mereka itulah para sahabat Nabi Muhammad SAW yang berdiri di atas jalan lurus, demi Allah yang memiliki Ka'bah!"(Hilyatul-Auliya' 1:305)



Jana Pendapatan Sekarang!


Kecacatan ini menginsafkanku..

Posted by TAMAN2SYURGA Isnin, September 28, 2009



Lebih 39 tahun yang lalu, keadaan ekonomi dinegara ini amat tidak menentu.
Kehidupan masyarakat dikampung kelahiranku amat susah ketika itu,
seumpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Ibu dan bapaku
terpaksa membesarkan empat orang anak dalam keadaan serba kekurangan.


Kemudahan asas masih di peringkat yang amat daif. Setiap hari, ibu
terpaksa mengangkut air dari perigi untuk digunakan di rumah. Pada
waktu lain ibu meraut lidi kelapa untuk dibuat penyapu atau menganyam
tikar mengkuang. Ibu juga membuat atap nipah untuk menampal atap rumah
yang bocor. Kernudahan elektrik, jauh sekali.
Ayah pula melakukan kerja-kerja kampung yang boleh dilakukan seperti
memungut kayu-kayu api, menanam beberapa jenis sayur-sayuran yang boleh
dijual dan mencari madu lebah.

Dalam keadaan serba susah dan payah itulah, suatu hari ibu merasakan dirinya
mengandung lagi. Kesusahan yang dialami menyebabkan perasaan ibu
tertekan dengan kehadiran janin yang tidak diundang di dalam rahimnya.
Maklumlah, pada ketika itu pengetahuan mengenai merancang keluarga amat
terhad. Sebagai orang kampung yang tidak mempunyai pendidikan tinggi,
kaedah moden untuk merancang keluarga jauh dari fikiran mereka.


Dengan fikiran runsing dan hati yang tidak tenteram, ibu berusaha untuk
menggugurkan kandungannya. Pelbagai cara dilakukan seperti memakan
nanas muda dan tapai, meminum air akar kayu, dan membuat kerja-kerja
berat. Namun Allah mengehendaki janin itu terus hidup dan lahir ke
dunia. 15 Ogos 1964, bergemalah suara tangisan bayi di sebuah rumah usang yang
hanya bertemankan api pelita. Namun, bayi tersebut tidak sama seperti
bayi-bayi yang lain. Tubuhnya terlalu kecil dan beratnya di bawah paras
berat yang normal.


Bayi itulah aku. Tiada sesiapa yang mengharapkan aku lahir ke dunia.
Bahkan aku sendiri tidak meminta untuk dilahirkan. Aku tidak mahu
menyusahkan sesiapa. Tetapi Tuhan yang Maha Pengasih dan Maha
Penyayang. menghendakinya. Pastilah ada hikmah yang tersirat yang belum
tersurat.

Dalam keadaan terpaksa ibu dan ayah membesarkanku. Setelah berusia
tujuh tahun, aku dihantar bersekolah. Walaupun tubuh badanku terlalu
kecil, seperti kanak-kanak berusia empat tahun, aku melangkah ke
sekolah dengan penuh gembira. Aku amat suka belajar. Sememangnya aku
cenderung mencintai ilmu pengetahuan.

Pelajaranku amat memuaskan, bahkan akulah yang paling cemerlang antara
adik-beradikku yang lain. Ibu dan ayah mulai menaruh harapan tinggi
kepadaku. Abang-abang dan kakak-kakakku hanya sempat belajar setakat
darjah enam atau paling tinggi sehingga tingkatan lima, tapi Tuhan
memudahkan lorong untukku sehingga aku berjaya menjejakkan kaki ke
tangga universiti.


Jadilah aku satu-satunya manusia kerdil yang belajar di universiti
tersebut ketika itu. Saiz tubuhku lebih kurang sama seperti kanak-kanak
berusia tujuh atau lapan tahun. Namun Allah memberi kekuatan dan
pelbagai kelebihan kepadaku yang mungkin tidak diperolehi oleh golongan
yang normal.

Sedikitpun aku tidak berasa malu dengan keadaan diriku. Bahkan aku
menganggap diriku normal, sama seperti orang lain. Aku petah berbicara,
boleh berhujah dengan baik dan pelajaranku amat cemerlang. Aku dikenali
bukan sahaja di kalangan penuntut universiti, tetapi juga menjadi buah
mulut para pensyarah.

Aku aktif dengan pelbagai persatuan di universiti, lebih-lebih lagi
persatuan bercorak agama. Pendidikan agama yang kukuh membuatkan aku
sentiasa bersyukur dengan keadaan diriku. Akulah anak yang menjadi
kebanggaan bukan sahaja ibu bapaku, tetapi juga masyarakat kampung.


Apabila keluar dari universiti, aku membuka syarikat perniagaan
sendiri. Adik-adikku yang seramai tiga orang (semuanya lahir normal
selepasku) semuanya bekerja denganku. Setiap bulan aku mengirim
sejumlah wang kepada ibu bapaku. Aku, anak yang suatu ketika dahulu
tidak diingini dan dianggap membebankan, kini menjadi harapan dan
tempat bergantung keluarga.


Cerita yang disampaikan oleh ibu saudaraku kepadaku mengenai punca
kecacatanku ini, benar-benar menginsafkanku. Inilah hikmah setiap
kejadian dan ciptaan Tuhan. Walaupun susah, walaupun payah untuk
membesarkan anak-anak, hakikatnya setiap anak mempunyai rezeki
masing-masing dan setiap seorang ada kelebihan yang tersendiri.
Aku berharap agar kisah hidupku ini dijadikan iktibar oleh ibu-ibu
moden pada hari ini, agar yakin dengan rezeki daripada Allah dan
sentiasa bersangka baik dengan Allah dalam keadaan apa sekalipun.
Wallahua'lam.

From: lily.miss

0 comments

Catat Ulasan

INFO BLOG ANA

NASYID.FM







250-550 keahlian baru setiap mingu!!!

Click here to get emails from webgroup


Join Taman2Syurga E-group
29ribu keahlian terkini

Jana pendapatan dgn sistem pengiklanan


Jana pendapatan melalui sistem pengiklanan dgn kami. Hanya bermula dgn RM30/USD9 anda mampu menjana pendapatan sehingga RM10,000 sebulan. sertai kami: Klik di sini!!
Jana Pendapatan Sekarang!


Dibawah adalah Contoh-contoh banner yang terdapat dalam sistem pengiklanan kami.

Katalog Ads


Katalog Ads

Pengikut